Cara Menjual Di Shopee

Cara Menjual Di Shopee

Nak tahu cara menjual di Shopee? Ok kali ini saya nak kongsi kepada anda tentang macam mana cara menjual di Shopee. Sebenarnya dah lama nak kongsi benda ini sebab nak menjual di Shopee bukannya susah. Lagi-lagi makin ramai pula yang keluarkan panduan Shopee ni. Point dia adalah produk mesti banyak! Kalau produk ada 1 je susah orang nak trust sebab macam tak serius je nak menjual. Tapi bukan nak kata tak boleh.. Boleh je.

Perlu diingatkan Shopee adalah marketplace. So bila dikatakan marketplace maka ramai orang mencari di sini. Trafik di Shopee juga agak tinggi ye. Waktu saya mula-mula masukkan produk dulu tak sampai beberapa hari dah ada orang yang datang membeli.

Ok tanpa membuang masa lagi jom saya tunjukkan macam mana cara menjual di Shopee:

1.Pendaftaran Shopee

a. Mula-mula masuk ke laman web Shopee iaitu www.shopee.com.my

b. Kemudian klik pada Sign Up (Pergi ke bahagian atas kanan website Shopee)

c. Masukkan details anda. Pastikan nombor telefon anda betul dan klik pada send verification terlebih dahulu. Setelah kod dihantar ke nombor telefon anda barulah anda boleh isi maklumat yang lain. Kemudian klik pada Sign Up

d. Jika pendaftaran berjaya, maka anda boleh terus login ke dalam akaun anda. Mudah kan nak daftar?

Ok selepas pendaftaran berjaya apa perlu dibuat? Ok dekat sini anda perlu masuk ke bahagian seller yang dinamakan sebagai Seller Centre.

2. Menetapkan maklumat kedai anda

a. Klik pada link Seller Centre (Di bahagian atas kiri)

b. Anda akan dibawa masuk ke bahagian Shopee Seller Centre. Di bahagian inilah anda akan menguruskan segala-galanya berkaitan dengan produk anda. Tapi sebelum itu anda perlu tetapkan setting kedai anda terlebih dahulu.

c. Klik pada Shop Settings. Di dalam Shop Profile ini anda perlu masukkan nama kedai anda, description dan sebagainya. Jangan tinggalkan bahagian ini kerana ia amat penting untuk kedai anda. Seboleh-bolehnya masukkan logo kedai anda dan gambar yang menarik pada bahagian profile ini

Cara menjual di Shopee

d. Anda perlu tetapkan semua yang terdapat dalam list ini. Anda boleh klik satu-satu dan masukkan maklumat yang diperlukan pada setiap bahagian.

Ok setelah selesai setting kedai anda, maka bolehlah anda boleh mula menjual dengan memasukkan produk anda ke dalam kedai anda.

3. Cara Memasukkan Produk

a) Klik di bahagian Seller Centre

b) Klik pada My Products

 

c) Klik Add a New Product

d) Klik Browse Image untuk masukkan gambar produk. Hanya 9 gambar sahaja dibenarkan. Pastikan pilih gambar yang paling cantik. Saiz untuk setiap gambar perlulah di bawah 2MB.

e) Masukkan nama produk anda, description, category dan attributes. Di bawah adalah contoh produk yang saya masukkan. Anda boleh research bagaimana penjual lain meletakkan nama produk dan description mereka.

panduan shopee

f) Di bahagian price & inventory anda wajib masukkan harga dan stok terkini. Jika produk anda mempunyai variasi contohnya dari segi saiz atau warna maka anda perlu pilih Add Variations. BahagianWholesale pula adalah untuk mereka yang menjual produk mereka dengan harga borong

g) Di bahagian shipping, masukkan berat produk anda dan parcel size. Jika anda tidak tahu size sila kosongkan bahagian ini. Untuk Shipping Fee pula, pilih courier yang anda akan gunakan nanti. Untuk produk saya, saya akan pilih Pos Laju dan masukkan caj yang akan saya kenakan kepada pelanggan saya.

h) Di bahagian others ini, jika anda menjual secara pre order maka anda perlu aktifkan bahagian ini. Oleh kerana saya ambil dropship daripada China, maka saya akan pilih pre order dan tetapkan berapa hari yang saya perlukan untuk pos barang saya. Conditon pilih berdasarkan keadaan produk anda. Adakah produk anda produk baru atau 2nd hand. Parent SKU ini boleh letakkan nama produk atau brand produk untuk memudahkan anda menyemak produk anda nanti.

i) Jika anda sudah puas hati dengan semua yang anda tetapkan, sila tekan butang Save. Jika berjaya maka produk anda akan diletakkan dalam senarai produk anda.

Maka selesailah tutorial cara menjual di Shopee. Seboleh-bolehnya anda masukkan banyak produk dalam kedai anda. Lagi banyak produk, lagi banyak peluang untuk anda dapat sale dan meyakinkan pelanggan bahawa anda serius berniaga. Lepas ni dah bolehlah meniaga di shopee

InshaAllah untuk post seterusnya, saya akan terangkan bagaimana untuk menggunakan kaedah Buy Ranking & Boost Now. Untuk kali ini sampai sini dahulu. Jika ada sebarang pertanyaan anda boleh tinggalkan komen di bawah ye.

Selamat menjual dan saya doakan perniagaan anda terus maju. Sumber



Older post Newer post

Your cart is currently empty.
Continue shopping